Thursday, September 7, 2017

Kaya dan Berjaya

Kisah kejayaan tuan punya kedai sukan Al Ikhsan. 

.
Ilmu dan petua yg sangat sangat bermanfaat setelah mendengar perkongsian di slot Inspirasiku di radio IKIM.fm bersama Tn. Haji Ali Hassan, Pengasas & Pengerusi Al Ikhsan Sports Sdn Bhd. Moga yg membaca akan dapat ilmunya juga, Insya Allah.

Tn Hj Ali bukan datang dari keluarga yg ber bisnes. Anak bongsu dari 8 beradik. Didikan mak ayah beliau yg membentuk peribadi beliau. Masa remaja usia sekitar 17 tahun, gemar bermain bola, dan habis main duduk melepak depan rumah dgn kawan kawan...ditegur ayahnya supaya cepat mandi & solat Maghrib. Sekali buat, ditegur, kali kedua buat, ditegur baik lagi...kali ketiga beliau ulangi, ayahnya halau beliau dari rumah. Ya, dihalau rumah kerana nakal tak berubah menjaga solat awal waktu. Sebulan Tn Hj Ali berkelana dari satu rumah kawan ke rumah kawan yg lain, menumpang tidur. Setelah sebulan, beliau sendiri yg balik ke rumah, ayah nya tak mencarinya pun. Ayahnya menyampaikan satu mesej bahawa dia sayangkan Allah lebih dari sayang anaknya.

.

Kedua dua mak ayah Tn Hj Ali gemar bersedekah. Ayahnya dulu, dpt sahaja duit pencen, 1/2 dari pencen nya di sedekahkan ke pelbagai tempat. Mak beliau pun kuat bersedekah. Tn Haji Ali berulang kali pernah tanya emaknya apa yg di doakan untuknya, tapi emaknya enggan beritahu. Akhirnya, emak nya ada beritahu juga...bahawa setiap hari berdoa " semoga Ali jadi orang yg berjaya, kaya..supaya boleh bagi aku duit, dan dapat aku bersedekah lebih banyak". Power nya doa emak. Tn Hj Ali berkata, memang emaknya tak geti beli2 barang, asal ada duit je, dia mesti sedekah. Kalau diberi RM5000, lepas seminggu habis digunakan wang tu utj bersedekah. Kalau beliau bagi RM10,000...pun habis diguna emaknya ke jalan sedekah. Ayah nya meninggal dunia ketika beliau di UTM belajar diploma engineering, dan emaknya meninggal dunia 2 tahun yg lalu.

.

3 prinsip / formula yg beliau pegang, dan inilah rahsia beliau berjaya dlm perniagaan:

1) Jaga Solat.
2) Berbuat baik & sayangi ibubapa
3) Sedekah, zakat.

.

Lepas abis belajar di UTM Skudai, beliau tak pernah bekerja makan gaji, tapi terus meniaga peralatan sukan, yg beliau mulakan hanya dgn modal RM50 sahaja pada zaman sebagai student. Kiosk pertamanya hanya sebesar 100 kaki persegi, kecik je. Dia sorang staf, dia bos dia kuli. Masuk waktu solat, solat dln kedai.

.

Sentiasa mendahulu kan emaknya. Di setiap perasmian cawangan baru, emaknya jadi VVIP merasmikan, walaupun ada VVIP lain yg hadir, contohnya Menteri Besar.Beliau set satu KPI utk memuliakan ibunya.

.

Kejayaan beliau ialah hasil berkat investment parents nya dulu. Kita as parents ambil lah tauladan ini. Mak ayah Tn Hj Ali kuat bersedekah, jaga solat, jaga solat anak anak....dan Allah kurniakan kejayaan buat anak anak.

.

Berjaya nya Al Iksan kini, mempunyai 115 lebih cawangan di serata Malaysia. Menjadi champion di Malaysia dlm industri peralatan sukan setelah hampir 20 tahun lebih FOKUS dalam industri ini. Memulakan bisnes pada 1993, bank tak pandang bila nak buat loan, supermarket mall semua pandang sinis mampu ke nak bayar kos sewa lot kedai yg bernilai 20-30 ribu sebulan, dan ketika itu pesaing non Bumi dah maju. Beliau pegang prinsip Perang Badar. NIAT yg betul dan tahu apa yg perlu dibuat, FOKUS, dan kini berjaya. Dari retailer, jadi wholesaler, dan kini jadi main distributor. Brand Asics, Canterburry, Teka..sekadar menyebut beberapa major brands, mereka ini yg mencari Al Ikhsan utk dijadikan main distributor di Malaysia ( yg sebelum ini dipegang company dari Australia, Singapore, Dubai).
.

Prinsip berniaga beliau ialah BETULKAN NIAT dan FOKUS. Sebagaimana nak solat ada niat, begitulah nak berniaga. Jgn main main. Niat kena betul kenapa nak berniaga. Dan fokus dlm bisnes yg diceburi, hingga berjaya...jgn mudah & cepat lompat lompat bisnes bila satu bisnes tu belum buahkan hasil.

.

Di ofis HQ nya yg ada 300 staf, bila sampai je kerja pagi pukul 9am, staff akan ke surau ofis utk solat dhuha dahulu. Waktu zohor, semua staf WAJIB turun ke surau ofis utk solat berjemaah. Dahulukan Allah, kemudian semua kerja jadi senang & berkat. Kawan beliau seorang pakar bedah jantung minta nasihat beliau, dan beliau nasihatkan tentang jaga solat awal waktu. Terbukti berkesan! Kalauh dulu selalu lengahkan solat, Asar sampai lajak hampir2 jam 7pm....ada aja masalah masa surgery...ada complication....tapi sejak kawannya solat awal Asar, smooth aja semua urusan pembedahan....surgery yg 3 jam selalunya boleh siap dlm masa sejam lebih...

.

Syarikat nya ada team CSR nya sendiri, yg bergerak setiap minggu mencari org susah, fakir miskin...utk projek sedekah. Team CSR nya juga sediakan motivational talk utk kongsi kisah kejayaan & ilmu, SECARA PERCUMA kpd byk students university. Kenapa free? Sebab beliau dah niatkan, segala sedekah, termasuk sedekah ilmu....pahalanya utk kedua dua arwah ibubapanya. Kata beliau, dgn bagi talk di universiti yg ada 3000 pelajar, kalau 10% pelajar ini amalkan ilmunya, spt jaga solat, rajin sedekah dan sayangi ibubapa, banyak saham pahala yg mengalir buat ibubapanya...Dgn cara ini lah beliau kata beliau maintain " komunikasi" dgn kedua dua parents nya...selain kerap ke kubur,ziarah dan sedekah bacaan Al Quran. Malahan kubur emaknya mmg setiap minggu di ziarahi oleh anak anak yatim, kerana semasa hayatnya, emaknya ada 2 buah rumah anak anak yatim. Beliau meletakkan standard yg tinggi ini dlm berbakti kepada kedua org tuanya, supaya ahli keluarganya nampak sendiri...dan Insya Allah amalan ini akan diteruskan oleh generasi anak cucu nya nanti.

.

Pesanan akhir beliau dlm temuramah tadi ialah, AMALKAN CEPAT segala ilmu yg kita ada. Tak guna ada banyak ilmu, tapi tak amal, tak apply. Macam anak anak muda sekarang, hari hari rajin bacaa internet, baca ilmu itu ini, tapi tak amal....menulis kencang di FB tentang Steve Job lah....last last nak makan pun mintak duit kat kita 😂....Analogi yg beliau beri ialah umpama kita berbicara pasal manis & sedapnyaa durian....study lah setahun pun pasal durian, tapi kalau kita tak kopek dan makan sendiri, kita tak akan tahu nikmat sebenarnya...bila kita makan je durian, tak sampai 5 min kita akan faham erti sebenar kesedapan durian tu.

Oleh: Dr Khairul Faizie Mohammad Kamar

Inspirasi kepada kita semua.

No comments: