Wednesday, August 20, 2008

SABTU & AHAD

MAHA di UPM belum berakhir. Kte ditugaskan bersama rakan2 yang lain di Pameran MAHA 2008.
Hari sabtu dan ahad ada pertandingan buat nasi goring.
Sessi pertama sebelah pagi 10 orang peserta
Sessi kedua sebelah petang 10 orang peserta

Program ini adalah terbuka kepada sesiapa yang ingin mencuba kepakaran membuat nasi goring, ade melayu, india dan china yang menyertai program ini. Pengacara yang dijemput oleh BERNAS adalah MAYA yang suka menyanyi lagu dangdut tu.

Sebelum itu juga pada hari ahad selesai acara sessi pagi, penyanyi MAYA telah memasak gulai Asam Pedas Ikan Tenggiri dan kte pulak telah menggoreng sedikit ikan masin. Kawanku fazilah telah membuat sambal ikan bilis campur cili padi. Apa lagi kami beramai-ramai menjamu selera tengahari tu.

Pemenang Hadiah Nasi Goreng

Hadiah pertama 20 kg beras bersama hadiah iringan
Hadiah kedua 15 kg beras bersama hadiah iringan
Hadiah ketiga 10 kg beras bersama hadiah iringan
Yang tidak berjaya pun diberikan saguhati

Memasak bubur lambuk tetap ada dan diberikan percuma kepada pengunjung yang berkunjung ke Laman Padi.
Terima kasih kepada semua petugas Pameran MAHA 2008.



C U all

No comments: