Thursday, November 6, 2008

TIMBERLAND



Bersua lagi, ikut kan kemalasan melanda, digagahkan juga untuk mencoret sepatah dua kata,
cite sebulan yang lalu pegi jenjalan kat OU, Damansara.
Gerak kaki kami ke butik Timberland. Pakwe mencuba beberapa kasut yang berkenan di hati,
katanya kasut yang dipakai pohon diganti baru. Cuba punya cuba - keluar dengan hampa.

Ke Chicken Rice Shop - makan Curry Laksa ngan teh tarik. Udah kenyang sambung shopping ke OU -
Wing Baru, masuk ke parkson, beli barang keperluan delima dan bateri kamera.

Penat berjalan singgah semula ke butik Timberland, cuba semula kasut yang berkenan di hati, delima tanya ngan budak lelaki yang jaga kat situ, xkan xde less dek klu dengan harga yang mcam ni, bargain punya bargain dia kata, boleh dapat 35% less kecuali kena ambik kasut atau apa-apa barangan harga RM1,000 keatas. pakwe kata ngan delima pilih le nak kasut yang mana? Delima kata xnak kasut nye mahal RM500 keatas nak pakai kat kaki je. Dan Pakwe kata untung ambik dua barang. Delima pun cuba le kasut yang ade kat situ, ade berkenan di hati tapi size xde. KECEWA sekejap.

Dalam pada pakwe dok mencuba ade seorang hamba allah pun pilih kasut yang sama ngan pakwe, delima tanya kat orang tu memang buat koleksi Timberland ke? katanye ye, kebanyakan kasut, seluar, dan barang lain memang dari jenama Timberland. Wau dasyat. dan dia terus offer klu nak beli boleh pakai kad membership dia, pucuk dicita ulam mendatang terkejut kte ngan dapat less 35% dan ade kurang harganye lagi.

Jadi le pakwe ambik, siap salam bagai, Namanye Encik Zainuddin.

Budak yang jaga tu kata, nanti ade sales Timberland dia akan call Pakwe kte. Nak jadi membership Timberland fikir banyak kali. Mahal, xmampu.








C u All





































































































Friday, October 24, 2008

KARNIVAL GP JORAN AKHIR

kembali semula ke blog delimasari, masih dibulan raya 24 Syawal 1429
Pada 17-19 Oktober, 2008 yang lalu delimasari dan rakan-rakan seramai 4 orang
ke dungun, trengganu, ada GP Joran Final di sana. Masih memilih menginap
di ULEK BEACH RESORT.
Tempat tu menarik bagi kami.
Kali ini menu kami memasak bubur lambuk untuk diagih-agihkan kepada
pengunjung yang berkunjung ke gerai kami.
Hadiah GP Joran Final kali ni agak lumayan, ada kereta, motosikal,bot, mesin basuh, TV Flat Screen, Biskut Raya, Maggi, Beras, Pancing Ikan, Cabutan Bertuah pula dapat wang tunai.
Kereta VIVA telah dimenangi oleh peserta dari Perak
tangkapan ikan pari yang terberat dan besar,
- gambar di bawah.


Ikan Tenggiri

Ikan Pari

Hai' Pakwe sonok mengacau bubur lambuk


Pemenang pertama dapat kereta



C u All







Wednesday, October 8, 2008

9 Syawal 1429

Kenangan Raya
Seperti tahun-tahun lepas Raya 2008 delima beraya di kampung Pakwe Durian Daun, Melaka Pada delima raya sekarang tak de yang menyeronokan sekadar menyambut raya sebagai umat islam menghabiskan puasa di bulan ramadhan. Duit raya Pakwe yang uruskan anak saudara kedua-dua belah pihak. Delima sediakan untuk budak2 datang ke rumah dan juga untuk kakak dan adik di Perak + emak mentua. Macam biasa le beraya pada hari raya pertama beraya ke rumah saudara mara sebelah pakwe, tak silap empat buah rumah delima turut serta beraya bersama sanak saudara di sana.

Pagi Raya kedua ke pasar beli makanan untuk breakfast menunya, Nasi lemak dan roti canai. Untuk masakan tengahari, dapat le Ikan Jenahak untuk masak asam pedas dan sedikit sayur. Delima setakat bantu di dapur saja, Chief Masakan import dari Johor.

Selesai d dapur kami beraya ke rumah saudara-mara sebelah ayah pakwe, dapat makan mee goreng panas, pas tu makan tart nenas agak sedap juga. Petang tu beraya ke rumah kawan se pejabat Puan Ainon Awang - rumah nye memang besar sebiji Banglo tersergam di tanah pusaka peninggalan ayahnye. Malamnya Kak Ainon buat BBQ tapi delima dan pakwe tidak sertai untuk ahli keluarganye saja.

Raya ketiga pagi-pagi lagi buat minum pagi dengan menu bihun goreng dan goreng pisang lepas tu bersiap-siap untuk balik ke kampung delima di Perak. Di Perak cuma ade adik-beradik aje setelah kedua orang tua delima lebih 10 tahun meninggalkan kami. Hanya pergi ke rumah saudara-mara terdekat saje. Gambar Raya tidak dapat disertakan. (kesilapan teknik)

Dulu delima ada ibu angkat, selalunye pagi-pagi raya mesti hantar rendang, lemang dan kuih-muih ke rumahnye sebelum ke surau untuk menunaikan solat sunat hari raya dan terus beraya ke rumah jiran-jiran terdekat. Tapi sekarang semua tu tidak ada lagi dalam kamus delima. Sebab sejak kematian orang tua delima, delima akan beraya dahulu di kampung pakwe di melaka.

Raya keempat tengahari baru sampai ke rumah abang di Kuala Kangsar, mereka telah selesai makan tengahari kerana ada majlis pertunangan anak buah dengan orang kampong tu jugak.

Menu tengahari tu,

Kari Daging, masak lemak labu, sambal belacan, kuah asam untuk cicah ikan bakar serta ulam mentimun.

Delima turut serta ke rumah pihak perempuan dengar juga perbincangan antara kedua belah pihak. Tempoh pertunangan 1 tahun setengah je. Jenuh le nak menyediakan duit hantaran.

Selamat bertunang Zul Fadzli

Sessi perbincangan di rumah pihak perempuan


Gambar selingan anak buah di luar rumah


Akram dengan paktam kesayangannye

Hantaran dari pihak perempunHnt

an dari pihak perempuan

Balasan dari pihak lelaki


Kek berbentuk Al-Quran

Kek Black Forest

selingan lagi hari kejadian - AINA namanya


Selesai semua terus balik ke Ipoh. Raya keenam jam 2 petang delima balik ke kuala lumpur, perjalanan balik hujan lebat ada juga kemalangan berlaku, selamat sampai ke Cheras jam 6.00 petang.

C u All




Monday, September 29, 2008

AKHIR RAMADHAN

Handbag Coach

Salam Aidilfitri buat kengkawan yang mengenali delimasari ni,
kemaafan dipinta, sepuloh jari disusun mohon kemaafan di hari lebaran.

Kesempatan ini juga terima kasih tak terhingga kepada kengkawan RK delimasari yang telah memberi hadiah Handbag tempohari. Memang gembira dan terharu teramat sangat.

Handbag Idaman

Handbag Idaman ni menjadi kenyataan apabila MM dan kengkawan RK delimasari buat kejutan pada tarikh 26 September, 2008 (Jumaat) di Pin Junction, Cineleisure, Kota Damansara.

Akan dipahatkan dalam ingatan lakonan MM dan kengkawan RK untuk mendapatkan Handbag Coach ini.

Delimasari akan beraya dengan Handbag Baru pada 1 Syawal 1429 H.

TQVM

'SALAM AIDILFITRI KEPADA SEMUA,

JANGAN LUPA ORANG TERSAYANG'

C u All




Friday, September 19, 2008

TAG

Bersinar

Dapat gambar kuning kat bawah ni dari MM, xreti nak buat.

Tapi sahut juga le cabaran MM ni.

Hanya nak cite pasal bulan ramadhan je, semua sedia maklum


Ceria

Bulan ramadhan bulan yang mempunyai banyak kelebihan
berbanding bulan-bulan lain.
Contohnya tentang kelebihan malam lailatul qadar
yang lebih baik daripada seribu bulan.
Kelebihan ramadhan juga dari segi pahala amal ibadat
yang dilipatgandakan.

Menghidupkan malam ramadhan dengan amalan-amalan solat tarawih,
qiamullail, tadarus serta banyakkan membaca Al-quran untuk
mendapatkan pahala dan fadilat ramadhan.

Ramadhan juga bukan sahaja menuntut pengorbanan nafsu seseorang (nafsu makan, minum, tidur dan lain-lain) iaitu menuntut pengorbanan jiwa raga untuk meninggikan syiar islam.

Itu je le nak cerita pasal ramadhan kat sini,

nak menge-tag-kan kawan-kawan lain tak lah.

C u All








Tuesday, September 9, 2008

CHICKEN BLACK PEPPER


Pertama kali mencuba membuat Chicken Black Pepper
11.30 malam - Menu malam tadi selepas balik dari Sembahyang Tarawih.
Ini le hasil dari masakan KU.


Chicken Black Pepper

C u All

Friday, September 5, 2008

RAMADHAN 2008


1 September, 2008 Hari pertama puasa masih bercuti.

Kte dan pakwe pergi THE CURVE, Ikano Power Centre, Mutiara Damansara.
Tujuannya nak hantar kasut sukan yang telah rosak. Nama Kedainye PROFESSIONAL SHOE REPAIR SHOP.

Kedai ini memang terbaik bagi pakwe sebab cara mereka membaiki kasut agak teliti sekali. Semua barang-barang yang digunakan adalah dari GERMANY.

Tapi nak ceritakan keujudan kedai ni, udah lupa tapi memang ada masuk dalam surat khabar STAR dahulu.

Kasut yang telah dibaikpulih

  • Kasut Pakwe ganti tapak RM120.00
  • Kasut LA Gear ganti tapak RM60.00
  • Kasut sukan taruh gam dan jahit RM48.00
Bukan Kasut saje boleh dibaiki, Handbangs pun boleh. Bayarannye memang agak mahal tapi menang memakai.

C u All

Friday, August 29, 2008

HAPPY 51ST MERDEKA



PERPADUAN TERAS KEJAYAAN - tema Hari Merdeka tahun ini.

NASIHAT DARI PEJUANG KEMERDEKAAN

Jangan lupa, kemerdekaan dan kemenangan hari ini adalah

atas daya usaha peminpin terdahulu

yang menuntut kemerdekaan

dengan airmata dan darah jadi jangan

sia-siakan kemerdekaan

yang ada dan janganlah

sampai kita dijajah sekali lagi.






C u All

Wednesday, August 27, 2008

DUNGUN, TRENGGANU

22 Ogos hingga 25 Ogos, 2008

Bertarikh 22 Ogos, 2008 Check In di Ulek Beach Resort, terpaku juga memang cantik resortnye, baru 2 bulan di buka. Orang pun ramai menginap di situ membawa anak-anak bercuti termasuk salah seorang Bos menginap di situ. Ada jakuzi di bilik, apa lagi berendam le dengan air yang menggelegak dan penuh ngan buih sabun. Segar sekali.

Malam tu keluar makan ngan kawan lama Puan Haniza Sood yang telah menceburi bidang perniagaan membuka cafeteria di UITM Dungun bersama suaminya. Dari perbualan semasa berjumpa tu businessnya mendapat sambutan baik dari pelajar-pelajar di UITM. SYABAS NIZA.

23 dan 24 Ogos, 2008 bertugas di tapak pameran dengan cuaca yang amat panas. Tapi kali ini akan-ikan yang dipancing agak kecil berbanding di Pekan, Pahang awal bulan lalu. Tugas kami macam biasa le memasak nasi goreng dan mengagihkan kepada pengunjung melawat gerai kami. Ada tu pulak sampai nak bayar makanan yang kami beri kepada pemancing-pemancing yang baru balik dari laut dalam.

Kesempatan itu juga kawanku HANIZA sempat membeli beras yang ada di gerai, boleh tahan banyak beras yang di ordernye. Tak lupa juga dia membawa makanan tengahari untuk kami semua di gerai. Sedap sekali.

Hari nak balik tu HANIZA telah menalifon menjemput kami ke cafenya untuk minum petang, pucuk dicita ulam mendatang, menunya SATA GORENG, KEROPOK LEKOR DAN TEH TARIK dan kami juga telah dibekalkan ole-ole dari dungun untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur termasuk kawan-kawan yang lain dibekalkan sekali.

Terima kasih HANIZA, semuga dapat bertemu lagi.
AKU BANGGA DENGANMU


C U all

Wednesday, August 20, 2008

SABTU & AHAD

MAHA di UPM belum berakhir. Kte ditugaskan bersama rakan2 yang lain di Pameran MAHA 2008.
Hari sabtu dan ahad ada pertandingan buat nasi goring.
Sessi pertama sebelah pagi 10 orang peserta
Sessi kedua sebelah petang 10 orang peserta

Program ini adalah terbuka kepada sesiapa yang ingin mencuba kepakaran membuat nasi goring, ade melayu, india dan china yang menyertai program ini. Pengacara yang dijemput oleh BERNAS adalah MAYA yang suka menyanyi lagu dangdut tu.

Sebelum itu juga pada hari ahad selesai acara sessi pagi, penyanyi MAYA telah memasak gulai Asam Pedas Ikan Tenggiri dan kte pulak telah menggoreng sedikit ikan masin. Kawanku fazilah telah membuat sambal ikan bilis campur cili padi. Apa lagi kami beramai-ramai menjamu selera tengahari tu.

Pemenang Hadiah Nasi Goreng

Hadiah pertama 20 kg beras bersama hadiah iringan
Hadiah kedua 15 kg beras bersama hadiah iringan
Hadiah ketiga 10 kg beras bersama hadiah iringan
Yang tidak berjaya pun diberikan saguhati

Memasak bubur lambuk tetap ada dan diberikan percuma kepada pengunjung yang berkunjung ke Laman Padi.
Terima kasih kepada semua petugas Pameran MAHA 2008.



C U all

Wednesday, August 13, 2008

RENUNGAN

Assalamualaikum;
Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu di sebuah perkampungan dipinggi Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta BMW yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan di tepi jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta BMW tersebut melintasi kawasan tersebut, anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu di sebelah kanan kereta BMW tersebut.
Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah anak kecil, menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi anak kecil tadi.

"Apa ni? Siapa awak? dan apa ke jadahnya awak berada di sini?
Itu kereta baru, mahal dan susah nak dibaiki, Awak tau tak?
Kenapa awak buat ini semua? jerit Executive tersebut.

Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf;
Saya minta maaf pakcik,
Saya tak tahu apa patut saya buat, ia merayu.
Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti di sini apabila saya panggil".
Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ.

"Itu Abang Saya, ia jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.

Dengan rasa terharu Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.

Terima kasih pakcik. Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.
Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda hanya melihat dengan sayu. Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan kearah keretanya yang kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kite tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian.

Pengajaran
Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersukaria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan menenangkan kite semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.

'JANGANLAH KITA SOMBONG
DENGAN KELEBIHAN YANG SEMENTARA'
C U All



















Monday, August 11, 2008

BALIK KAMPONG

Memang tidak dijangka nak balik kampong, ingat pakwe main22 saje.
Hantar message ngan anak buah, wished dia Happy Birthday Akram, belajar rajin2 tau. Bye. itu kata2 dari kte.

Jawapannye terima kasih, sayang maktam dan paktam, bye. Semasa terima msg tu kami OTW ke rumah nye d Ulu Kinta, Perak.

Hari Ahad buat le sedikit jamuan ringan. Menunye, Nasi lemak, bihun goring, kek dan sedikit kuih. Panggil Ustaz Salleh yang mengajar dia mengaji Quran bacakan doa.
Ramai juga kawan2nye yang datang, sempat juga tiup lilin yang besar tak pernah dibuat oleh orang lain lagi, tergempak punya jamuan. Butter cake saje, itupun cake dibuat oleh abahnye.
Kepenatan juga melayan kerenah budak2. Kol 5 ptg bertolak pulang ke Kuala Lumpur



Tatapan Gambar Semasa Jamuan

Friday, August 8, 2008

GP JORAN

Gambar Joran di Pekan, Pahang 1-4 Ogos, 2008

Ikan Pari

Ikan Haruan apa ntah

Jualan Beras

Orang ramai berebut-rebut membeli beras

Thursday, July 31, 2008

cuti semalam

semalam cuti, merumput depan rumah tp lupa nak ambik gambar terlalu excited nak merumput. Penat smpai xleh tido.

Monday, July 28, 2008